Tuesday, September 21, 2010

LATIHAN TINGKATAN 4 BAB 4

LATIHAN : JAWAPAN ADA DIBAWAH.

BAB 4 : KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH

KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD SEBELUM DILANTIK MENJADI RASUL

BAHAGIAN A : ISI TEMPAT KOSONG

Kelebihan atau keistimewaan keturunan Rasulullah.

Nabi Muhammad S.A.W berasal daripada keturunan pemimpin Makkah yang terkenal iaitu ………………………………… dan ………………………………. menjadi peneraju kepimpinan Makkah sejak zaman jahiliah. Keturunan nabi sering dirujuk kepada ……………………. iaitu moyang baginda. Qusai ialah pemimpin Arab Quraish yang mentadbir Makkah ………………………….. sebelum kelahiran Nabi. Dengan Nabi menguasai Makkah keluarga nabi turut menguasai ………………………… dan…………………………... Selain itu, keluarga nabi bijak dalam pentadbiran Makkah dan mahir dalam………………………... Datuk nabi iaitu ......................................pernah menerajui kepimpinan Makkah. Pada zaman jahiliah keturunan nabi dihormati oleh kabilah Arab lain.

Riwayat Hidup Nabi Muhammad s.a.w.

Nama penuh baginda ialah ………………………………………………….. yang bermaksud ………………. Bapa baginda ............................................... Ibunya …………………………………….. Baginda dilahirkan pada 20 April tahun 570 M bersamaan ………………………….. tahun Gajah. Bapanya meninggal dunia sewaktu baginda masih dalam ................................... ibunya. Setelah beberapa hari dilahirkan baginda diserahkan kepada ............................................. untuk dipelihara dan disusui. Sewaktu berusia .................................. ibunya meninggal dunia. Baginda dipelihara oleh datuknya ............................................. Setelah datuknya meninggal dipelihara oleh bapa saudaranya. Baginda pernah mengembala .......................... kepunyaan bapa saudaranya. Semasa berusia 12 tahun, baginda mengikuti rombongan perniagaan ke ..................... Kerasulan baginda diramalkan oleh pendeta nasrani yang bernama .............................. Setelah dewasa baginda menguruskan perniagaan ………………………………………… bersama ……………………………. iaitu hamba Khadijah. Kebijaksanaan dan kelembutan tutur kata baginda menyebabkan perniagaan tersebut memperoleh untung berlipat ganda. Pada usia …………………………… baginda telah berkahwin dengan Khadijah.

Sifat-sifat luhur dan terpuji Rasulullah

1. Baginda Memiliki empat sifat terpuji yang utama iaitu .................(berkata benar), .....................(dipercayai), ......................... (menyampaikan) dan .......................... (bijaksana).

2. Baginda digelar ..................... iaitu orang yang boleh dipercayai dan tidak pernah berbohong.

3. Baginda terkenal sebagai seorang yang........................, buktinya baginda mendapat kepercayaan Khadijah bt Khuwailid yang menyerahkan modal besar untuk diperniagakan.

4. Baginda merupakan seorang tokoh pemimpin unggul dan berwibawa, contohnya dalam usia 35 tahun menyelesaikan sengketa antara ........................................

5. Baginda juga seorang ketua keluarga yang menjadi contoh, buktinya sering membantu isteri............................., ........................................ dan ............................................

6. Baginda mengamalkan cara hidup ………………………………….

7. Nabi Muhammad juga sentiasa ......................................., contohnya baginda bergaul dengan semua lapisan masyarakat.

8. Baginda seorang yang ............................ contohnya sayangkan orang tua dan kanak-kanak.

9. Bersifat .............................., buktinya waktu pembukaan kota Mekah 630m- orang arab yang menyerrah diri diampun dan dibebaskan.

10. Seorang yang bijaksana dan mampu menyelesai masalah, contohnya dalam perjanjian ................................... 628m. Kandungan perjanjian berpihak kepada Quraisy tetapi baginda terima sebagai hikmah untuk sebarkan Islam.

11. Kuat beribadat dan sentiasa abdi diri kepada Allah, contohnya mengasingkan diri di .....................................

Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w

1. Nabi Muhammad menerima wahyu dalam usia 40 tahun pada 6 ogos 610m bersamaan …………………………….

2. Wahyu tersebut diturunkan melalui malaikat ..........................

3. Wahyu pertama ialah ................................... ayat 1-5 yang memerintah orang Islam membaca.

4. Wahyu ini menjadi titik tolak perkembangan .......................................................... Isi kandungan wahyu pertama menggalakkan umat Islam menuntut ilmu.

5. Wahyu kedua iaitu surah ....................................., ayat 1-7 merupakan pengistiharan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ............................................

6. Perlantikan Nabi sebagai rasul dianggap .......................... kepada seluruh alam sejagat.

7. Sebagai rasul, baginda menyampaikan wahyu Allah kepada umatnya secara ...................................... dan ........................................

8. Baginda menekankan usaha untuk membetulkan ........................... masyarakat arab dengan menanamkan keimanan kepada ..............................................

9. Nabi Muhammad menggesa umat meninggalkan amalan keji seperti ................................, ................................dan ...................................

JAWAPAN

BAB 4 : KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH

KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD SEBELUM DILANTIK MENJADI RASUL

Kelebihan atau keistimewaan keturunan Rasulullah.

Nabi Muhammad S.A.W berasal daripada keturunan pemimpin Makkah yang terkenal iaitu Qusai bin Kilab dan Abdul Muttalib menjadi peneraju kepimpinan Makkah sejak zaman jahiliah. Keturunan nabi sering dirujuk kepada Hasyim iaitu moyang baginda. Qusai ialah pemimpin Arab Quraish yang mentadbir Makkah 100 tahun sebelum kelahiran Nabi. Dengan Nabi menguasai Makkah keluarga nabi turut menguasai Kaabah dan telaga zamzam. Selain itu, keluarga nabi bijak dalam pentadbiran Makkah dan mahir dalam perniagaan. Datuk nabi iaitu Abdul Muttalib pernah menerajui kepimpinan Makkah. Pada zaman jahiliah keturunan nabi dihormati oleh kabilah Arab lain.


Riwayat Hidup Nabi Muhammad s.a.w.

Nama penuh baginda ialah Muhammad bin Abdullah yang bermaksud terpuji. Bapa baginda Abdullah bin Abdul Muttalib Ibunya Aminah Binti Abdul Wahab Baginda dilahirkan pada 20 April tahun 570 M bersamaan 12 Rabiulawal tahun Gajah. Bapanya meninggal dunia sewaktu baginda masih dalam kandungan ibunya. Setelah beberapa hari dilahirkan baginda diserahkan kepada Halimatus Sa’diyah untuk dipelihara dan disusui. Sewaktu berusia enam tahun ibunya meninggal dunia. Baginda dipelihara oleh datuknya Abdul Muttalib. Setelah datuknya meninggal, baginda dipelihara oleh bapa saudaranya . Baginda pernah mengembala kambing kepunyaan bapa saudaranya. Semasa berusia 12 tahun, baginda mengikuti rombongan perniagaan ke Syam. Kerasulan baginda diramalkan oleh pendeta nasrani yang bernama Buhaira Setelah dewasa baginda menguruskan perniagaan Khalijah Binti Khuwailid bersama Maisarah iaitu hamba Khadijah. Kebijaksanaan dan kelembutan tutur kata baginda menyebabkan perniagaan tersebut memperoleh untung berlipat ganda. Pada usia 25 tahun baginda telah berkahwin dengan Khadijah.

Sifat-sifat luhur dan terpuji Rasulullah

1. Baginda Memiliki empat sifat terpuji yang utama iaitu siddiq (berkata benar), amanah (dipercayai), tabliq (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana).

12. Baginda digelar al amin iaitu orang yang boleh dipercayai dan tidak pernah berbohong.

13. Baginda terkenal sebagai seorang yang amanah, buktinya baginda mendapat kepercayaan Khadijah bt Khuwailid yang menyerahkan modal besar untuk diperniagakan.

14. Baginda merupakan seorang tokoh pemimpin unggul dan berwibawa, contohnya dalam usia 35 tahun menyelesaikan sengketa antara kabilah Quraisy.

15. Baginda juga seorang ketua keluarga yang menjadi contoh, buktinya sering membantu isteri memasak, menampal pakaian dan membersihkan rumah

16. Baginda mengamalkan cara hidup sederhana.

17. Nabi Muhammad juga sentiasa merendah diri, contohnya baginda bergaul dengan semua lapisan masyarakat.

18. Baginda seorang yang penyayang contohnya sayangkan orang tua dan kanak-kanak.

19. Bersifat pemaaf , buktinya waktu pembukaan kota Mekah 630m orang arab yang menyerah diri diampun dan dibebaskan.

20. Seorang yang bijaksana dan mampu menyelesaikan masalah, contohnya dalam perjanjian Hudaibiyah 628m. Kandungan perjanjian berpihak kepada Quraisy tetapi baginda terima sebagai hikmah untuk menyebarkan Islam.

21. Kuat beribadat dan sentiasa mengabdikan diri kepada Allah, contohnya mengasingkan diri di Gua Hirak.

Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w

· Nabi Muhammad menerima wahyu dalam usia 40 tahun pada 6 ogos 610m bersamaan 17 ramadan.

· Wahyu tersebut diturunkan melalui malaikat Jibril.

· Wahyu pertama ialah surah al-Alaq ayat 1-5 yang memerintah orang Islam membaca.

· Wahyu ini menjadi titik tolak perkembangan tamadun masyarakat. Isi kandungan wahyu pertama menggalakkan umat Islam menuntut ilmu.

· Wahyu kedua iaitu surah al-Muddasir , ayat 1-7 merupakan pengistiharan Nabi Muhammad s.a.w sebagai pesuruh Allah.

· Perlantikan Nabi sebagai rasul dianggap rahmat kepada seluruh alam sejagat.

· Sebagai rasul, baginda menyampaikan wahyu Allah kepada umatnya secara bijaksana dan terancang.

· Baginda menekankan usaha untuk membetulkan akidah masyarakat arab dengan menanamkan keimanan kepada Allah Yang Maha Esa.

· Nabi Muhammad menggesa umat meninggalkan amalan keji seperti membunuh, menindas dan mencuri.

.


No comments:

Post a Comment

Followers