Tuesday, September 21, 2010

LATIHAN SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 5

LATIHAN : JAWAPAN ADA DI BAWAH

BAB 5 : KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

PEPERANGAN DALAM ISLAM

a) Mengapakah peperangan dibenarkan dalam Islam? (3 markah)

i) ………………………………………………………………………………………………………

ii) …………………………………………………………………………. ………………………

iii) ……………………………………………………………………………………………………

b) Nyatakan dua peperangan di antara orang Islam Madinah dengan Quraisy Makkah. (2 markah)

i) ............................ ...................................................................................................................

ii) ..................................................................................................................................................

c) Nyatakan dua prinsip peperangan mengikut ajaran Islam. (2 markah)

i) ..................................................................................................................................................

ii) ..................................................................................................................................................

d) Pada pandangan anda, mengapakah kita perlu berusaha mengelakkan berlakunya peperangan ?

(3 markah)

i) ...........................................................................................................

ii) ...........................................................................................................

iii) ...........................................................................................................

Prinsip Peperangan dalam Islam

1. Allah telah memberi keizinan untuk berperang iaitu setelah ………………………………………………………

2. Mencari keamanan supaya tempat ……………………. mereka terjaga

3. Peperangan juga bertujuan untuk menjaga ……………………………..

4. Tentera Islam tidak dibenarkan memusnahkan ……………………………..

5. Peperangan dalam Islam adalah bertujuan untuk ………………………………………….. dan ……………………………………………………

6. Islam menganjurkan …………………………………., sekiranya musuh mahu berdamai, orang Islam mesti memilih perdamaian

7. Tentera Islam juga tidak dibenarkan membunuh orang yang lemah seperti ..............................., .................................dan ..........................

8. Mereka juga dilarang memusnahkan ………………………………………………..

BAB 5 : KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

PENYEBARAN ISLAM

BAHAGIAN A : ISI TEMPAT KOSONG

a) Mengapakah peperangan dibenarkan dalam Islam?

F1 Mempertahankan maruah diri

F2 Mempertahankan agama

F3 Mempertahankan negara

F4 Dengan keizinan Allah

b) Nyatakan dua peperangan di antara orang Islam Madinah dengan Quraisy Makkah. (ms 130)

F1 Perang Badar (624M/2H)

F2 Perang Uhud (625M/3H)

F3 Perang Khandak (627M/5H)

F4 Perang Tabuk (630M/8H)

c) Nyatakan empat prinsip peperangan mengikut ajaran Islam (ms 130 - 131)

F1 Peperangan dibenarkan bertujuan untuk mempertahankan maruah diri, agama dan negara

F2 Peperangan hanya boleh dilakukan dengan keizinan Allah, iaitu setelah wahyu diturunkan oleh Allah.

F3 Allah membenarkan orang Islam berperang apabila diserang oleh musuh

F4 Berperang untuk mencari keamanan supaya tempat ibadat terjaga

F5 Peperangan dalam Islam adalah untuk mementang kezaliman dan mempertahankan diri.

F5 Orang Islam harus memilih perdamaian, seandainya musuh inginkan perdamaian

F6 Tentera Islam tidak dibenarkan membunuh orang yang lemah seperti orang tua, kanak- kanak, wanita, orang yang sakit dan orang yang menyerah diri.

F7 Tidak dibenarkan membunuh binatang ternakan dan memusnahkan tanam-tanaman

F8 Dilarang merobohkan rumah ibadat.

d)Pada pandangan anda, mengapakah kita perlu berusaha mengelakkan berlakunya peperangan ?

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. KBKK )

F1 untuk mewujudkan keamanan sejagat

F2 membolehkan ekonomi berkembang dengan pesat

F3 membolehkan pentadbiran berjalan dengan lancar

F4 mewujudkan perpaduan

F5 mengeratkan kerjasama antara Negara

F6 mengelakkan pertumpahan darah

F7 mengelakkan kemusnahan harta benda

F8 mengelakkan campur tangan kuasa asing.

Mana-mana jawapan yang munasabah.


Prinsip Peperangan dalam Islam

9. Allah telah memberi keizinan untuk berperang iaitu setelah diserang oleh musuh

10. Mencari keamanan supaya tempat ibadat mereka terjaga

11. Peperangan juga bertujuan untuk menjaga maruah negara

12. Tentera Islam tidak dibenarkan memusnahkan harta benda

13. Peperangan dalam Islam adalah bertujuan untuk menentang kezaliman dan mempertahankan diri

14. Islam menganjurkan perdamaian, sekiranya musuh mahu berdamai, orang Islam mesti memilih perdamaian

15. Orang Islam juga tidak dibenarkan membunuh orang yang lemah seperti orang tua, kanak-kanak dan wanita.

16. Mereka juga dilarang memusnahkan tumbuh-tumbuhahan.



2. Pada pandangan anda, mengapakah kita perlu berusaha mengelakkan berlakunya peperangan ? (5 markah)

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. KBKK )

F1 untuk mewujudkan keamanan sejagat

F2 membolehkan ekonomi berkembang dengan pesat

F3 membolehkan pentadbiran berjalan dengan lancar

F4 mewujudkan perpaduan

F5 mengeratkan kerjasama antara Negara

F6 mengelakkan pertumpahan darah

F7 mengelakkan kemusnahan harta benda

F8 mengelakkan campur tangan kuasa asing.

Mana-mana jawapan yang munasabah.


2 comments:

Followers