Monday, September 20, 2010

NOTA PENTING SEJARAH - LAST LAP 2010

PECUTAN AKHIR
SPM
SEJARAH
Nota penting


Tamadun Indus
(a) Ciri-ciri bandar terancang

• Bandarnya terbahagi kepada dua bahagian
• dikelilingi oleh tembok
• Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan
• Ada tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan serta tempat penyimpanan hasil pertanian
• Bahagian kedua ialah kawasan perumahan
• Perancangan bandarnya dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan
• Bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat
• Setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus
• bersambung antara satu sama lain
• bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang
• bandar-bandar ini juga dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan

(d) Amalan agama
• Penemuan patung proto-Siva
• Mereka juga percaya kepada Tuhan Ibu
• Sembah patung bertanduk 3

(e) Sistem Tulisan
• Berbentuk piktograf
• Tulisan Tamadun Indus masih lagi menjadi misteri dan masih belum dapat ditafsirkan

Sumbangan Tamadun Indus
(a) Perancangan Bandar
• Bandar terancang seperti Mohenjo-Daro dan Harappa
• Pemahaman tentang ilmu geografi, kesenian, dan matematik
• kemajuan dalam bidang geometri dan pembinaaan
• pertembungan dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba
• Ada vahan binaan bermutu
• Kemahiran pembakaran batu bata
• Masyarakat punya sifat terbuka

Tamadun Hwang Ho

(a) Lokasi tamadun Hwang Ho
• Dilembah Hwang Ho yang subur(Sungai Kuning)

( b) Dinasti yang wujud dalam tamadun Hwang Ho

• Dinasti Hsia
• Dinasti Shang
• Dinasti Chou
• Dinasti Ching
• Dinasti Chin

Ciri-Ciri Tamadun Hwang Ho
(a) Petempatan awal
• Berasaskan pertanian membawa kepada kemunculan bandar
• Anyang merupakan negara kota dalam tamadun Hwang Ho
• Terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan
• terdapat istana, kuil, dan pusat pentadbiran
• Ketua pemerintah iaitu raja, golongan pembesar, dan golongan agama
• Bandar Anyang dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh
• Bandar ini juga dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani



(b) Organisasi sosial masyarakat Shang
• Golongan raja dan pembesar menduduki lapisan paling atas yang diterajui oleh raja
• Lapisan bawah terdiri daripada petani
• Golongan petani mendiami kawasan luar bandar
• Golongan artisan mempunyai kemahiran dalam teknologi gangsa
• Gangsa digunakan untuk bagi menghasilkan senjata, perisai dan hiasan pada kereta kuda
• Golongan hamba ialah golongan paling bawah
• Perhambaan merupakan satu ciri utama dalam Dinasti Shang

(c) Ciri-ciri pengkhususan pekerjaan masyarakat Tamadun Hwang
• Golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing iaitu tentera berkuda dan tentera berjalan kaki
• Petani sebagai tonggak ekonomi
• Golongan artisan mencipta pelbagai barangan tembaga
• Golongan hamba sebagai tentera paksaan
• golongan hamba digunakan untuk membantu kerja-kerja perburuhan
• Golongan hamba dijadikan korban dalam upacara penyembahan

(d) Sistem pemerintahan Dinasti Shang.
• Sistem pemerintahan berbentuk beraja
• Pengganti raja dilantik daripada kalangan saudara yang lebih muda atau anak lelaki raja
• Raja mempunyai wibawa politik, ekonomi, sosial dan agama
• Raja berkuasa di kawasan pusat pentadbiran
• Kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan
• Raja dibantu oleh bangsawan dan pegawai kerajaan
• Golongan bangsawan berhak mewujudkan pentadbiran sendiri seperti pungutan cukai, pertahanan dan undang-undang

(e) Sistem pentadbiran Dinasti Chou
• Raja-Raja Chou membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah-wilayah
• melantik pembesar tempatan di setiap wilayah
• Raja Chou dibantu oleh ketua menteri dan enam badan
• Pentadbiran pada peringkat wilayah dikendalikan oleh pembesar-pembesar feudal
• Raja-Raja Chou mengikat pembesar tempatan melalui ikrar taat setia kepada pemerintah, memberikan
hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang
Mereka juga diminta melindungi raja dan memberikan bantuan tentera pada masa perang
• Pembesar tempatan berhak untuk bertindak sebagai ketua agama untuk menjalankan
upacara pengorbanan

(f) Agama dan kepercayaan

• animisme dan politisme
• penyembahan roh nenek moyang
• menyembah tuhan syurga(Shang Ti) dan tuhan bumi(tu), menyembah sungai, bukit dan gunung
• Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik.tarian dan upacara korban
• Upacara ini diketuai oleh golongan bomoh
• Tulang oracle digunakan untuk meramal sesuatu keadaan
• Golongan bomoh yang terlibat dalam upacara penilikan

(g) Penciptaan Sistem Kalendar
• Dicipta semasa Dinasti Shang.
• 30 hari dalam sebulan dan 360 hari setahun.
• Untuk menentukan musim menanam dan menuai.
• Untuk menjalankan aktiviti harian.
• untuk upacara perkahwinan / perburuan / pengkebumian.

Sumbangan Tamadun Hwang Ho
(a) Bidang politik/pemerintahan
• Sistem pemerintahan berbentuk monarki
• Gelaran raja ditukar kepada maharaja
• Raja dikaitkan dengan konsep anak syurga dan mandat dari syurga

(b) Bidang ekonomi
• Pembinaan sistem pengairan
• membina terusan untuk mengairi
• Kemajuan dalam teknologi pembajakan
• Penciptaan cangkul dan sabit
• Penggunaan batas untuk tujuan penanaman
• Petani menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu kepada besi

(d) Bidang agama dan kepercayaan
• Pemujaan roh nenek moyang
• Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui
• Percaya kepada ying yang
• Konsep Feng Hsui

( e ) Sistem kalendar
• Kalendar dicipta semasa Dinasti Shang.
• 30 hari dalam sebulan dan 360 hari setahun.
• Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam dan menuai
• Untuk menjalankan aktiviti harian.
• Amalan menggunakan kalendar diteruskan untuk upacara perkahwinan / perburuan / pengkebumian.

(f) Pengamalan falsafah perang Sun Tzu
• Karyanya the Art of War membincangkan selok belok perang dan cara menangani musuh dalam pelbagai bahasa
• Falsafah tersebut diaplikasikan sebagai taktik dalam perniagaan


Tamadun India.

Ciri-ciri pendidikan Zaman Vedik. ( Peranan pendidikan dalam Tamadun India)
• Mementingkan keagamaan
• Agama Hindu sebagai teras
• Didominasi oleh kaum lelaki
• Kaum wanita tidak mempunyai ruang menerima pendidikan
• tumpuan pembelajaran kitab-kitab veda
• Bahasa Sanskrit merupakan medium pengajaran penting
• Kaedah hafalan digunakan untuk mendalami kitab-kitan veda
• berteraskan agama Hindu dan Buddha
• belajar sains dan falsafah
• Pendidikan peringkat awal diberikan di istana dan di rumah
• Pendidikan tinggi diberikan di Kolej Brahma
• Lahir university agama Buddha, iaitu Nalanda

Tujuan pendidikan
• untuk menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati
• Mempelajari hukum agama
• untuk capai taraf sebagai Brahmin
• untuk meningkatkan ilmu sains.
• untuk menambah ilmu
• mengatasi buta huruf
• untuk mendapatkan jawatan dalam pemerintahan.

Pusat dagangan dan pelabuhan di India.
• Anga
• Kalinga
• Karusa.

Contoh pelabuhan penting
• Tamralipti
• Ghantashala,
• Kadura
• Broach
• Chual
• Kalyan
• Cambay

Hasil dagangan di India.
• senjata
• gading gajah
• emas
• berlian
• mutiara.

Perusahaan di India
• pengeluaran tekstil
• kain kapas
• sutera.
• barang emas
• mutiara
• batu permata.

Sresthin
• persatuan perdagangan dan perusahaan
• wujud disetiap bandar
• contoh ialah persatuan tukang kayu, tukang logam, tukang kulit
• Matlamatnya untuk mengawal harga, kualiti barang, dan gaji pekerja.

Tamadun China
Jenis kegiatan ekonomi zaman Dinasti Shang.
• kemajuan dalam pertanian
• perdagangan dalam negeri
• perdagangan maritim,
• perusahaan
• pembentukan persatuan perniagaan.

Sumbangan Tamadun China dalam bidang pertanian.
• tenggala diperkenalkan untuk membuat batas tanaman
• Kolar kuda digunakan untuk kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda, dan kereta sorong beroda serta penyisir tanah.
• Sistem penanaman secara bergilir telah diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah.
• Kawasan bukit telah diteres untuk pertanian.
• Sistem pengairan seperti pembinaan terusan

1. Cara-cara kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha dalam kerajaan awal
• Dibawa oleh golongan ksyatria atau tentera penakluk dari India yang membentuk tanah jajahan takhluk di Asia Tenggara
• Dibawa oleh golongan pedagang atau vaisya
• Dibawa oleh golongan Brahmin atau pendeta
• Melalui pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang disesuaikan dengan budaya tempatan
• Melalui perdagangan emas antara India dan AT

2. Pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan kerajaan awal
• Sistem beraja dengan penggunaan gelaran raja sebagai pemerintah
• Raja berada dipuncak pemerintahan
• Raja dibantu oleh kerabat diraja , pembesar , Brahmin
• Raja berkuasa mutlak
• Perintah raja menjadi undang-undang
• melanggar perintah raja bermakna menderhaka dan tidak diampunkan
• Raja dikehendaki adil
• Raja merupakan bayangan tuhan dan lahir konsep dewa-raja
• Raja mempunyai kesaktian melalui mitos dan lagenda untuk memperkuat kedudukan
• Untuk mengukuhkan kedaulatan raja, diwujudkan pelbagai adat istiadat
• Upacara pertabalan raja yang dipimpin oleh golongan Brahmin
• Raja mendirikan kompleks kota yang melambangkan konsep alam semesta iaitu orde kosmos

3. Pengaruh Hindu dan Buddha dalam kesenian

i. Maksud candi
• bangunan yang dibuat daripada batu sebagai rumah ibadat hindu buddha

ii. Kepentingan/fungsi/tujuan candi kepada kerajaan awal di Asia Tenggara
• Monumen keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha
• Sebagai rumah ibadat
• Sebagai tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya
• Tempat menyimpan patung dewa utama
• Lambang keagungan pemerintah berdasarkan kehebatan seni binanya
• Melambangkan orde kosmos contoh Angkor Wat dan Candi Borobudur

iii. Contoh candi terkenal di Asia Tenggara
• Candi Dieng di Jawa Tengah , Indonesia
• Candi Borobudur di Jawa Tengah , Indonesia
• Candi Prambanan di Jawa Tengah , Indonesia
• Candi Angkor Wat di Kemboja
• Candi Chaiya dan Yarang di Thailand
• Candi Lembah Bujang di Kedah

vi. Angkor Wat
• Dibina untuk agama Hindu
• Terletak enam km ke utara Siem Reap dan melambangkan orde kosmos
• Tinggi 213 meter dan keluasan kawasannya 208 hektar
• Mempunyai tempat pemujaan
• Setiap sudut mempunyai menara
• Bahagian luar terdapat tembok
• Terdapat ukiran yang menggambarkan epik Ramayana dan Mahabharata

vii. Candi Borobudur
• Mewakili agama Buddha dan dibina selama 75 tahun
• Terbahagi kepada tiga tingkat
• melambangkan tiga tahap kehidupan iaitu sila , samadhi dan panna
• Setiap tingkat mempunyai patung stupa dan patung Buddha
• Tingkat pertama terdapat ukiran cerita kehidupan Gautama Buddha

4. Kepentingan Bahasa Sanskrit dalam kerajaan awal Asia Tenggara
• Meningkatkan pencapaian dalam bidang intelek masyarakat
• mengandungi maklumat tentang agama, pemerintahan, raja dan undang-undang
• Batu bersurat Kutei menjelaskan tentang keturunan raja
• Batu bersurat Sungai Mas berkaitan dengan ajaran Buddha
• Inskripsi di Palembang berkaitan dengan pemerintahan dan amaran raja kepada rakyat serta pembesar agar tidak menderhaka kepada raja
• Batu bersurat di Lembah Bujang mengandungi arahan dan pemberitahuan kepada rakyat
• Bahasa keagamaan
• bahasa pemerintahan
• Mempengaruhi bahasa Melayu seperti dosa, duka, Derhaka, manusia,
• bahasa ilmu
• Bahasa komunikasi
• Bahasa kesusasteraan seperti epik / puisi / prosa jawa penceritaan lisan dan teater

1. KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD SEBELUM DILANTIK MENJADI RASUL

Kelebihan atau keistimewaan keturunan Rasulullah.
• Berasal daripada keturunan pemimpin Makkah
• Keturunan nabi sering dirujuk kepada Hasyim iaitu moyang nabi
• Qusai ialah pemimpin Arab Quraish yang mentadbir Makkah 100 ahun sebelum kelahiran Nabi
• Keluarga Nabi Menguasai Makkah , Kaabah dan telaga zamzam
• Keluarga nabi bijak dalam pentadbiran Makkah dan mahir dalam perniagaan.
• Datuk nabi iaitu Abdul Muttalib pernah menerajui kepimpinan Makkah Pada zaman jahiliah
• Keturunan nabi dihormati oleh kabilah Arab lain
.
Keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.
• Nama penuh Muhammad bin Abdullah (bermaksud terpuji)
• Bapa baginda Abdullah bin Abd. Muttalib
• Ibunya Aminah binti Wahab
• Baginda dilahirkan pada 20 April tahun 570 M bersamaan 12 Rabiulawal tahun Gajah.
• Bapa baginda meninggal dunia sewaktu dalam kandungan ibunya.
• Diserahkan di bawah jagaan dan susuan Halimatus Sa’adiyah.
• Sewaktu berusia 6 tahun ibunya meninggal dunia.
• Baginda dipelihara oleh datuknya Abdul Muttalib
• Setelah datuknya meninggal dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib
• Baginda pernah mengembala kambing bapa saudara
• Usia 12 tahun mengikuti rombongan perniagaan ke Syam.
• Kerasulan baginda diramalkan oleh pendeta nasrani Buhaira.
• Menjalani perniagaan Khadijah binti Khuwalid

Sifat-sifat luhur dan terpuji Rasulullah:
• Memiliki empat sifat terpuji yang utama iaitu siddiq (berkata benar), amanah (dipercayai), tabliq (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana)
• Baginda digelar al amin iaitu orang yang boleh dipercayai dan tidak pernah berbohong.
• Terkenal sebagai seorang yang amanah - mendapat kepercayaan Khadijah bt Khualid – serahkan modal besar untuk diperniagakan.
• Seorang tokoh pemimpin unggul dan berwibawa – contohnya dalam usia 35 tahun menyelesaikan sengketa antara kabilah Quraisy.
• Sebagai ketua keluarga yang menjadi idola manusia –ctnya sering membantu isteri memasak dan menampal pakaian dan bersihkan rumah
• Mengamalkan cara hidup sederhana
• Sentiasa merendah diri – ctnya dalam pergaualan tidak pandang kedudukan
• Penyayang – sayangkan orang tua dan kanak-kanak.
• Bersifat pemaaf – cthnya waktu pembukaan kota Mekah 630m- orang arab yang serah diri diampun dan dibebaskan.
• Seorang yang bijaksana dan mampu menyelesai masalah-cthnya dalam perjanjian Hudaibiyah 628m.Kandungan perjanjian berpihak kepada Quraisy tetapi baginda terima sebagai hikmah untuk sebarkan Islam.
• Kuat beribadat dan sentiasa abdi diri kepada Allah - contohnya mengasingkan diri di gua Hirak.

Kerasulan dan penerimaan wahyu
• Menerima wahyu sebagai nabi akhir zaman dalam usia 40 tahun. Tarikh menerima wahyu pada 6 ogos 610m bersamaan 17 ramadan.
• Menerima wahyu melalui malaikat Jibril.
• Wahyu pertama ialah surah al-Alaq ayat 1-5 yang memerintah orang Islam membaca
• Isi kandung wahyu pertama menggalakkan umat Islam menuntut ilmu
• Wahyu kedua al-Muddasir , ayat 1-7 menandakan pengistiharan Nabi Muhammad saw- sebagai pesuruh Allah.
• Perlantikan Nabi sebagai rasul adalah pembawa rahmat kepada seluruh alam sejagat.
• Baginda menyampaikan wahyu Allah kepada umatnya secara bijaksana dan terancang.
• Baginda berusaha membetulkan akidah masyarakat jahiliah .
• Ajarannya menggesa umat meninggalkan amalan keji seperti membunuh, menindas dan mencuri.

Tindakan / strategi / usaha Nabi Muhammad dalam penyebaran Islam
• Menghantar perutusan ke Rom, Rom Timur, Parsi, Mesir, Habsyah dan Semenanjung Tanah Arab
• Tidak memaksa memeluk Islam
• Menggunakan diplomasi
• Menunjukkan nilai-nilai yang baik
• Menyeru memeluk Islam melalui warkah
• Mewujudkan rasa persefahaman dengan wilayah tersebut

Sebab peperangan dibenarkan dalam Islam
• Mempertahankan maruah diri
• Mempertahankan agama
• Mempertahankan negara
• Dengan keizinan Allah

Contoh peperangan
• Perang Badar 2H
• Perang Uhud 3H
• Perang Khandak 5H
• Perang Tabuk 8H

Syarat Peperangan dalam Islam
• Allah telah memberi keizinan untuk berperang
• Setelah diserang oleh musuh
• Mencari keamanan supaya tempat ibadat mereka terjaga
• Menjaga maruah negara
• Tidak memusnahkan harta benda
• Menentang kezaliman
• Mempertahankan diri
• Islam menganjurkan perdamaian
• Di medan perang tentera Islam dilarang membunuh sesuka hati
• Dilarang memusnahkan tumbuh-tumbuhan
• Akhlak tentera Islam mestilah mulia, saling bertolak ansur dan menunjukkan teladan yang baik

Perang Badar
• Tawanan Arab Quraisy dalam perang Badar diampunkan
• Tawanan wanita dan kanak-kanak dibebaskan
• Tawanan lelaki diberikan syarat untuk membebaskan diri
• Tawanan lelaki yang berjaya mengajar 10 orang kanak-kanak Islam membaca dan menulis sehingga pandai dibebaskan

Islam datang dari Tanah Arab
Dikemukakan oleh John Crawford
• Islam telah berkembang menerusi aktiviti perdagangan
• Buktinya dari catatan China
• Arab dan Parsi mempunyai pusat perniagaan dan petempatan di Canton atau Amoy
• Pedagang Arab menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah hingga ke China
• Mereka berdagang secara berterusan di rantau Asia Tenggara pada abad ke-7 M
• Dalam perjalanan ke China pedagang Arab singgah di pelabuhan
• Pelabuhan tersebut menjadi tempat menunggu perubahan angin monsun ke China
• Mereka menetap beberapa bulan sebelum meneruskan perjalanan
• Berkahwin dengan wanita tempatan
• Mereka berbincang dan berinteraksi dengan pedagang tempatan tentang agama Islam
• Pedagang Islam memperlihatkan kehidupan nilai Islam yang murni
• Berjaya menarik minat masyarakat tempatan terhadap Islam
• Wujud perkampungan Islam Seperti Ta Shih di Sumatera Utara

Prof Syed Naquib menyokong John Crawford
• Menggunakan bukti bahan penulisan dan kesusasteraan
• Tulisan jawi diambil daripada bahasa Arab
• Adat resam dan kebudayaan orang Melayu dipengaruhi budaya Arab
• Amalan menghormati tetamu
• Muzik Melayu seperti dabus dan tarian zapin
• Karya tempatan menceritakan pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh Syeikh dari Tanah Arab
• Hikayat Raja-Raja Pasai menceritakan Syeikh Ismail mengislamkan Raja Pasai Merah Silu
• Syeikh Said mengislamkan Raja Pattani Phaya Tu Nakpa

Islam Datang Dari China
Pendapat ini dikemukakan oleh Emmanuel Gadinho Eredia
• Khan Fo atau Canton menjadi pusat perniagaan terkenal di kalangan peniaga Arab
• Ada hubungan antara peniaga
• peniaga China Islam yg berdagang di Asia Tenggara telah menyebar Islam

Pendapat S.Q Fatimi
• Berlaku perpindahan beramai-ramai pedagang Islam Canton ke Asia Tenggara
• penemuan Batu Bersurat Terengganu
• Persamaan unsur seni bina di China dengan unsur seni bina masjid-masjid
• Terdapat unsur seni bina China
• dapat dilihat pada bentuk bumbung masjid yang mempunyai persamaan dengan pagoda di China
• Bahagian perabung atapnya melentik
• Pengaruh atap genting China serta warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu/tingkap masjid
• jubin lantai/dinding/tangga/kolam air

Islam Datang dari India
• Teori ini dikemukakan oleh Snouk Huegronje
• Islam bertapak di Asia Tenggara melalui wilayah Gujerat dan Pantai Koromandel
• Hubungan perdagangan antara India dengan Asia Tenggara
• Batu bersurat dan batu nisan yang ditemui di Asia Tenggara menyerupai ciri buatan India
• Kebudayaan masyarakat Asia Tenggara mempunyai perkaitan yang rapat dengan kebudayaan di India

1.Pengaruh Islam terhadap Ekonomi:
a) Perdagangan
Kegiatan perdagangan semasa Kesultanan Melayu Melaka.
• Aktiviti perniagaan berkembang
• kemudahan pentadbiran yang licin dan teratur.
• Wujud jawatan penting seperti syahbandar sebagai ketua pelabuhan
• Wujud jawatan laksamana bagi menjaga urusan kelautan
• Undang-undang Laut Melaka memperuntukkan undang-undang perniagaan
• Wujud sistem sukat dan timbang
• Terdapat paling kurang 84 bahasa yang dipertuturkan di Melaka
• Urusan perdagangan menggunakan dua kaedah iaitu kaedah pertukaran barang dan
• kaedah jual beli.

b) Mata Wang
Ciri - ciri yang terdapat pada mata wang di Johor pada abad ke 16.
 Diperbuat daripada timah
 Dikenali sebagai wang katun
 Berbentuk bulat dan enam segi
 Tidak mempunyai tarikh
 Mempunyai tulisan jawi atau Arab seperti Malik atau Sultan al-Adil.
 Mata wang emas Johor yang tertua dikenal pasti bertarikh tahun 1527.
 Mata wang emas ini dikenali kupang
 Mengandungi emas seberat 10 grain (0.65 gram) dan 40 grains (2.6 gram)
 Ditulis dengan nama dan pangkat sultan yang memerintah dan yang mengeluarkan mata wang tersebut.
 Di bahagian belakang pula tertulis gelaran Islam sultan berkenaan seperti Khalifatul Muslimin

Pengaruh Islam mempengaruhi perkembangan ekonomi di negeri-negeri Melayu.
• Amalan riba diharamkan
• golongan ceti yang memberikan pinjaman wang dibenarkan .
• Zakat wajib
• Kutipan zakat disimpan oleh baitulmal.
• Baitulmal menyelenggarakan harta kerajaan.
• Harta ini akan digunakan bagi kepentingan dan kemakmuran negara.
• Sedekah digalak
• Unsur jimat cermat

Perubahan Masyarakat dan Budaya Eropah

1. ZAMAN GELAP DI EROPAH
a) Maksud Zaman Gelap
• Eropah mengalami zaman mundur
• Eropah mengalami kemorosotan dalam bidang ilmu pengetahuan
• Eropah mengalami kemorosotan dalam perdagangan
• Eropah mengalami kemorosotan dalam kehidupan perbandaran

b) Ciri-ciri zaman gelap
Politik
• pentadbiran wilayah musnah
• Berlaku huru-hara
• Kemunculan golongan Baron
• Golongan petani mencari perlindungan daripada tuan tanah
• Petani membayar cukai yang tinggi kepada tuan tanah
• Jika tidak mampu , mereka terpaksa menyerahkan tanah kepada tuan tanah
• Petani terpaksa menjadi hamba kepada tuan tanah
• Tuan tanah mendapat perlindungan daripada golongan raja
• Pembentukan sistem feudal
• Golongan pembesar memberi khidmat kepada pihak raja
• Golongan pembesar mendapat naungan daripada pihak istana

Ekonomi
• Kegiatan ekonomi terhad
• Perdagangaan diganggu orang-orang Gasar seperti Viking dan Magyar
• Orang Eropah tidak berdagang ke Timur Jauh
• Perdagangan di kawasan Mediterranean dikuasai oleh pedagang Islam
• Hanya menumpukan kepada kegiataan pertanian
• Perniagaan secara kecil-kecilan
• Perniagaan meneerusi sistem tukar barang
• Penggunaan mataa wang dalam urusan peerdagangan terhad

Sosial
• Sifat gereja yang mengongkong / memiliki kuasa / hartanah
• Gereja memberi fokus kepada kegiatan amalan agama / keakhiratan
• Kemerosotan kehidupan perbandaran
• Kelembapan perkembangan ilmu pengetahuan

c) Ciri-ciri Zaman Kemuncak Pertengahan ( Perubahan- perubahan )
• Gereja memainkan peranan sebagai institusi yang universal
• Gereja menjadi ejen penyatuan
• Peningkatan aktiviti pertanian
• Kemunculan perdagangan
• Kemunculan bandar-bandar seperti Venice, Milan dan Florence
• Lahirnya kelas pertengahan terdiri daripada artisan , pedagang, ahli perbankan
• Status sosial berasaskan kekayaan bukan pemilikan tanah
• Rakyat mula terlibat dalam urusan politik / memberi hak politik kepada rakyat
• Parlimen diwujudkan bagi memenuhi tuntutan rakyat
• Wujud hubungan antara rakyat dengan pemerintah

d) Persamaan sistem feudal di Eropah dengan ciri-ciri feudalisme yang terdapat dalam masyarakat Melayu tradisional
• Raja menjadi penaung dalam negara
• Raja memiliki tanah di negeri masing-masing secara mutlak
• Raja mempunyai pembesar-pembesar
• Pembesar-pembesar itu mendapat naungan daripada istana
• Pembesar memberi khidmat kepada raja
• Rakyat memberi khidmat kepada tuan tanah / pembesar

1. Faktor-faktor yang mendorong buruh Cina dan India datang ke Tanah Melayu.
• galakan kerajaan British
• Penghijrahan mereka tidak ditentang oleh pembesar Melayu
• Wujud hubungan tradisi antara kerajaan India dengan Tanah Melayu
• Kepesatan ekonomi Tanah Melayu
• Kestabilan politik
• kemakmuran Tanah Melayu
• factor penolak di tempat mereka

2. Cara kemasukan buruh Cina dan India ke Tanah Melayu.

Kemasukan buruh Cina
a)Sistem tiket kredit
• Bakal imigran dikumpul oleh kheh-tau(ketua)
• Ketua ini dibayarsejumlah wang bagi setiap imigran China yang dibawa
• Bakal imigran dikenali sebagai sin keh
• Imigran diletakkan dibawah pengawasan nakhoda kapal atau agensi buruh yang dibayar oleh majikan
• golongan sin kheh membuat perjanjian untuk menjelaskan hutang mereka secara bekerja dengan majikan untuk tempoh tertentu
• Mereka dibekalkan dengan tiket ke pelabuhan yang dituju
• Tiba di pelabuhan mereka diambil oleh pemborong buruh yang akan mendapatkan majikan untuk mereka

b)Sistem pengambilan kakitangan
• majikan akan menghantar pegawai ke China untuk mendapatkan buruh
• Segala perbelanjaan dan tambang dibiayai oleh majikan
• pegawai yang dihantar mengiringi buruh tersebut hingga mereka sampai ke tempat majikan

c) Sistem rumah kongsi
• pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di Negara China yang
• dilantik oleh sesebuah rumah kongsi
• Pegawai tersebut membiayai perbelanjaan buruh sehingga mereka sampai di rumah
kongsi

d)Secara berkumpulan
• Cara kedatangan imigran berubah ekoran wujudnya tajaan oleh Charles Brooke melalui syarikatnya yang beribu pejabat di Singapura
• Kemasukan imigran Cina berketurunan Foochow di Sarawak secara berkumpulan dengan persetujuan antara Ketua Foochow di Sibu dengan Charles Brooke
• Imigran Foochow diperlukan untuk mengusahakan tanah dan membangunkan sektor pertanian gambir dan lada hitam

Kemasukan buruh India
a) Sistem buruh bebas
• datang sendiri dengan biaya masing-masing
• kedatangan mereka diaturkan oleh orang atau kumpulan tertentu kerana kepentingan ekonomi
• setelah tiba di Tanah Melayu bebas memilih tempat dan pekerjaan yang dikehendaki

b) Sistem kontrak
• majikan akan membiayai tambang mereka ke Tanah Melayu
• Buruh akan bekerja dengan majikan untuk jangka masa tertentu dengan bayaran minimum

c) Sistem Kangani
• Seorang kangani akan akan diberi lessen dan dihantar pulang ke India untuk mencari buruh.
• Kangani akan diberikan wang pendahuluan untuk membiayai perbelanjaan buruh sehingga tiba di Tanah Melayu
• Seorang Kangani adalah seperti pengurus agensi yang membawa masuk pekerja asing

3. Ciri-ciri masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu.
• tidak terdapat kesepaduan kaum menyulitkan proses perpaduan kaum
• Lokasi orang Melayu di bandar, ,India di ladang,, dan C ina di bandar
• pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi
• perbezaan bahasa pertuturan,tempat tinggal dan pekejaan
• kehidupan sosial yang berbeza
• menggunakan bahasa ibunda

4. Kesan-kesan daripada penigkatan jumlah kemasukan Imigran India dan Cina ke Tanah Melayu.
• pembentukan masyarakat majmuk
• wujud petempatan yang berbeza-beza mengikut kaum
• jenis pekerjaan yang berbeza mengikut kaum
• penggunaan bahasa yang berbeza dalam pertuturan
• tidak terdapat interaksi antara kaum
• tidak ada perpaduan antara kaum


BAB 1 : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA


Ciri-ciri umum sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan di Negara-negara Asia Tenggara
• Kuasa barat menubuhkan kerajaan pusat
• Barat melantik Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir
• Perlaksanaan pentadbiran melalui biro(jabatan)
• Pegawai barat dilantik sebagai ketua biro
• Kuasa barat memperkenalkan undang-undang barat.

DI FILIPINA
Ciri-ciri birokrasi yang diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina.
• Sepanyol memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat
• Gabenor Jeneral menjadi pemerintah tertinggi di peringkat pusat
• Datuk Bandar menjadi pentadbir wilayah
• Gabenor kecil menjadi pentadbir Bandar
• Encomiendero menjadi pemerintah Encomienda

Maksud Sistem Encomienda
• Sistem pentadbiran Sepanyol diperingkat tempatan
• pemerintahnya diketuai encomiendero

Tugas-tugas Encomiendero yang diperkenalkan Sepanyol di Filipina.
• menjaga keamanan
• mengutip cukai
• mengkristiankan penduduk barangay

Sebab sistem Encomienda dibenci oleh penduduk Filipina.
• mengenakan cukai yang tinggi
• mengenakan kerahan tenaga terhadap penduduk

DI INDONESIA
Perubahan sistem pentadbiran yang diperkenalkan oleh Belanda di Indonesia.
• pentadbiran dibahagikan kepada pentadbiran pusat dan tempatan
• pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral
• pentadbiran tempatan diketuai pembesar tempatan
• pentadbiran tempatan menjalankan tugas dengan pengawasan pegawai Belanda
• Belanda menubuhkan jabatan kerajaan seperti Jabatan Pelajaran dan Pertanian
• Belanda menubuhkan dewan tempatan
• dewan tempatan berfungsi sebagai penasihat pentadbiran Belanda
• dewan tempatan tiada kuasa perundangan
• Belanda menubuhkan Volksraad
• Volksraad merupakan majlis rakyat

DI BURMA
Bentuk sistem pemerintahan di Burma sebelum kedatangan British
• Burma mengamalkan sistem pemerintahan beraja di bawah dinasti Konbaung
• pemerintahan dan pentadbiran diketuai oleh raja
• raja dibantu oleh Hluttaw(majlis diraja) dan Wun(pegawai tinggi kerajaan)
• Myothugyi menjadi ketua Bandar
• Ahmudan menjadi pegawai diraja
• Athi merupakan pembesar-pembesar tradisional
• raja menjadi penaung kepada sami Buddha.

Perubahan pentadbiran yang dilaksanakan oleh British di Burma.
• menamatkan pemerintahan Dinasti Kounbaung
• institusi raja tersingkir
• British menghapuskan jawatan pembesar tempatan diperingkat pusat
• British melantik pesuruhjaya tinggi menjadi pemerintah di Burma
• British memperkenalkan undang-undang Barat
• British memperkenalkan Akta Kampung Ulu Burma dan Akta Perkampungan Burma
• Btitish melenyapkan system pentadbiran tradisional Burma
• pentadbiran daerah diambil alih olh Myo-ok(pegawai bandaran)
• British menghapuskan fungsi raja sebagai penaung agama Buddha
• British meletakkan undang-undang Barat sebagai penaung agama
• British memperkenalkan majlis Perundangan
• beberapa jabatan ditubuhkan seperti jabatan perhutanan,kesihatan dan pelajaran.

DI INDOCHINA
Bentuk sistem pentadbiran Indochina sebelum kedatangan Perancis.
• diitadbir oleh sebuah kerajaan pusat
• pentadbiran diketuai oleh raja berkuasa mutlak
• raja memberi kuasa penuh kepada pembesar tempatan
• setiap birokrasi diketuai oleh golongan mandarin
• pentadbiran ditiru dari pentadbiran Tanah Besar China.
• pegawai dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusateraan China

Bentuk sistem birokrasi yang diperkenalkan oleh Perancis di Indochina.
• Pentadbiran diketuai leh Gabenor Jeneral
• Gabenor Jeneral bertangungjawab kepada Pejabat Tanah Jajahan di Paris
• Leftenan Gabenor menjadi pemerintah wilayah jajahan
• Leftenan dibantu leh Residen Jeneral dan Residen Wilayah
• Perancis membentuk kerajaan pusat dengan menubuhkan Union Indochinoise
• kerajaan tempatan diberi kuasa autonomi
• kerajaan pusat tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan tempatan
• kerajaan tempatan perlu membayar cukai dan kerahan tenaga

Konsep Union Indochinoise yang dibentuk oleh Perancis di Indochina.
• Union Indochinoise merupakan Persekutaun Indochina
• Persekutuan tersebut terdiri daripada Vietnam dan Kemboja
• Perekutan ini juga turut disertai laos pada tahun 1904
• Pentabdiran Union Indochinoise diketuai oleh gabenor Jeneral
• Rang undang-undang Union Indochinoise diluluskan oleh parlimen Perancis.

DI THAILAND
Perubahan yang dilakukan oleh Raja Mongkut terhadap sistem pentadbiran Thailand.
• melantik 80 orang penasihat barat mengetuai pelbagai jabatan
• penasihat barat digubakan untuk melatih pegawai tempatan
• Penasihat Britain dalam kewangan,pelabuhan dan polis
• Penasihat Amerika dalam jabatan kastam
• Penasihat Perancis dalam ketenteraan

Sistem birokrasi yang diperkenalkan oleh Chulalongkorn di Thailand.
• memperkenalkan majlis Penasihat rendah,majlis mesyuarat tinggi dan cabinet menteri
• melantik juruaudit dari Britain
• pentadbir dilantik dalam kerajaan berdasarkan tahap pendidkan
• memperkenalkan system raja berperlembagan menggantikan raja mutlak
• pengaruh pembesar tempatan dan raja dikurangkan.

Kesan-kesan pengenalan sistem birokrasi barat terhadap sistem pentadbiran Asia Tenggara.
• Penunuhan Kerajaan Pusat
• Pentadbiran dibahagikan kepada pentadbiran pusat dan tempatan
• pentadbiran pusat diketuai gabenor Jeneral/pesuruhjaya tinggi
• pembesar tempatan diperingkat pusat dihapuskan
• Terhapusnya institusi raja
• Raja kehilangan kuasa
• Fungsi raja sebagai penaung agama terhapus
• Pentadbiran dijlankan melalui biro-biro
• Pegawai barat dilantik menjadi ketua biro
• Beberapa jabatan ditubuhkan seperti perhutanan,kesihatan pelajaran dan lain-lain
• Pengenalan sistem undang-undang Barat
• British memperkenalkan sistem kehakiman barat
• Raja menerima penasihat Barat
• Raja terpaksa menerima penasihat barat daripada residen
• Residen menasihat sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama dan adat istiadat melayu
• pembesar tempatan hilang pengaruh
• pentadbiran tempatan diambil alih oleh pegawai bandaran.

BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

GERAKAN ISLAH DI TANAH MELAYU

Maksud Gerakan Islah
• Gerakan Islah adalah satu gerakan membetulkan pandangan masyarakat Melayu terhadap Islam.
• Ia bertujuan untuk memajukan umat Islam berdasarkan ajaran al-Quran dan Hadis.
• dipimpin oleh Kaum Muda setelah tamat belajar di Universiti al-Azhar di Mesir

Tokoh-tokoh /pelopor
• Sheikh Tahir Jalaludin
• Syed Syeikh al-Hadi
• Dr. Burhanuddin al-Helmy

Matlamat / tujuan / isu
• menyampaikan idea mereka demi kemajuan umat Islam
• Memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang Melayu.
• Menyematkan sikap mengkritik penjajah
• Mengkritik raja dan pembesar yang tidak memajukan orang Melayu.

Akhbar/ Majalah
• Al-Imam
• Neracha
• Edaran Zaman
• Pengasuh
• Saudara

Halangan/Tentangan
• Perjuangan Kaum Muda ini telah ditentang oleh Kaum Tua
• Bagi mereka Islam itu hanyalah akhirat dan fardu ain semata-mata sehingga sukar untuk Kaum Muda mempengaruhi masyarakat Melayu megenai ajaran Islam yang sebenarnya.
• Gerakan gologan Kaum Muda ini tidak dapat bergerak dengan baik di negeri-negeri Melayu kerana terdapat beberapa undang-undang yang menghalang pengaruh Kaum Muda.
• tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah Islam dilakukan tanpa kebenaran Sultan.
• Risalah dan Buku karya Kaum Muda juga dilarang di bawa masuk ke negeri-negeri Melayu.

Sumbangan Gerakan ISLAH
• Beberapa buah madrasah telah ditubuhkan
• Pendidikan tersebut meliputi pendidikan untuk dunia dan akhirat
• Kaum perempuan juga diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan.

Akhbar, Majalah Dan Novel ; Penggerak Kesedaran Kebangsaan
Akhbar
• Warta Melayu
• Lembaga Malaya
• Majlis Utusan Melayu
• Warta Negara
• Fajar Sarawak

Akhbar dan Isu yang dibangkitkan
Sosial/Pendidikan
• Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu.
• Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan
• Menyeru orang Melayu supaya meninggalkan sikap negative seperti memilih kerja dan tidak mahu berusaha
• Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk pendidikan anak-anak.
• Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu
• Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris
• Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki
• Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran British.
• Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu

Aspek ekonomi
• Kurangkan kemasukan pedagang luar yang mengancam ekonomi tempatan
• Galakkan orang Melayu terlibat dalam aktiviti ekonomi
• Melarang orang Melayu daripada menjual tanah mereka
• Menyeru orang Melayu supaya berjimat cermat
• Meminta British mengadakan kampong Khas orang Melayu di Kuala Lumpur

Aspek Politik
• Mengkritk British kerana mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu
• Mengkritik para pembesar dan raja-raja Melayu kerana tidak memajukan orang Melayu
• Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan.
• Menuntut diadakan Malay Administrative ( M.A.S) untuk melindungi orang -Melayu dalam perkhidmatan kerajaan.
• Menyeru orang Melayu bersatu dalam sebuah -pertubuhan kebangsaan
• Menentang tuntutan orang luar terhadap politik tempatan

Majalah
Pengasuh
• Membincangkan soal pentafsiran Islam yang progresif
• Menggalakkan pendidikan dikalangan orang Melayu
• Memperluaskan ilmu dalam semua bidang
• Memberikan pentafsiran kepada persoalan orang Islam
• Menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sifat buruk

Majalah Guru
• Memberikan pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak Melayu
• Menyeru perpaduan di kalangan orang Melayu.
• Meniupkan semangat Cinta Negara dan menentang penjajahan
• Membaiki taraf hidup orang Melayu
• Memajukan bahasa dan sastera Melayu
• Menggalakkan perpaduan di kalangan guru sebagai pemimpin bahasa.

• Majalah Bulan Melayu ini telah membincangkan isu-isu berikut:
• Menggalakkan perpaduan di kalangan guru perempuan Melayu Johor.
• Menggalakkan wanita mendapat pendidikan
• Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur
• Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa.

Novel
• Novel-novel yang banyak menyempaikan mesej-mesej kesedaran bangsa ialah :
• Keris Melaka yang dikarang oleh Ahmad Bakhtiar
• Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Haji Muhammad
• Putera Gunung Tahan oleh Ishak Haji Muhammad
• Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminurrashid

Keris Melaka Ahmad Bakhtiar
• Semangat perjuangan menentang penjajah Barat
• Sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka seperti Hang Tuah
• Gunakan Sejarah sebagai ispirasi dan pedoman untuk mendorong semangat perjuangan bangsa bagi generasi muda

Anak Mat Lela Gila- Ishak Haji Muhammad
• Semangat anak muda menentang penjajah
• Hargai warisan bangsa
• Semangat cintakan tanah air
• Maruah bangsa lebih berharga daripada kesenangan

Melor Kuala Lumpur- Harun Aminurrashid
• Emansipasi wanita
• Kepentingan pendidikan moden di kalangan wanita Melayu
• Membuang pandangan negative yang boleh menghalang kemajuan bangsa

Persatuan Sahabat Pena Malaya ( PASPAM )
• Persatuan Sahabat Pena Malaya ( Paspam ) telah ditubuhkan pada 7 April 1934, bertujuan untuk membaiki kedudukan ekonomi dan sosial orang Melayu.
• berlandaskan sastera, tetapi ia cuba menyatupadukan orang Melayu, Sabah dan Sarawak.
• dipimpin oleh cendekiawan Pulau Pinang seperti S.M Zainal Abidin B.A
• Membolehkan orang Melayu berkenal-kenalan dan bertukar-tukar pendapat
• menggalakkan perpaduan dan persaudaraan di kalangan orang Melayu.
• mendapat sambutan yang hangat
• merupakan asas kepada kesedaran perpaduan Melayu.

KMM dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob
• bersifat politik
• Bersifat radika
• anti-penjajah British
• Keanggotaan terdiri daripada lepasan MPSI Tanjung Malim,Perak
• Menggalakkan pepaduan pemuda melayu
• Meningkatkan tahap pendidikan orang melayu
• Semasa pendudukan Jepun KMM telah bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau British dari Tanah Melayu
• KMM menjadi alat propaganda Jepun dengan membeli akhbar Warta Malaya
• Ahli KMM telah mengelilingi Tanah Melayu untuk mendapatkan sokongan


BAB 3 : KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

Ciri-ciri Negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka.
Wilayah pengaruh
• Kawasan tempat tinggal rakyat
• Sempadannya diterima umum
• Kawsan yang rakyatnya menerima dan memperakuai pemerintahan seorang raja

Kedaulatan
• Merupakan kekuasaan tertinggi terhadap rakyat sesebuah wilayah
• Tidak boleh dihadkan mana-mana pihak
• Merujuk kepada kekuasaan yang dimiliki oleh sesebuah Negara atau pemerintah
• Negera berkenaan mempunyai hak mutlak terhadap rakyatnya
• Negera itu bebas daripada campurtangan, paksaan, taklukan atau perintah kuasa asing.

Lambang-lambang
• Merupakan simbol atau tanda yang menjadi identiti sesebuah Negara.
• Bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan
• Kebesaran Sultan dan Kesultanan Melayu juga dilambangkan dengan alat regalia, nobat,

Undang-undang
• Untuk mengawal masyarakat melalui peraturan yang telah diwartakan.
• untuk memelihara keamanan dan melindungi rakyat.
• Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.
• Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasal
• Menyentuh bidang kuasa raja dan pembesar serta pantang larang dikalangan anggota masyarakat.
• Hukuman ke atas kesalahan jenayah awam, undang-uandang keluarga.
• Undang-undang Laut Melaka
• Membincangkan perkarta yang berkaitan dengan tatacara pelayaran di laut seperti tanggungjawab pengawal kapal, atur cara pelayaran, perniagaan, bidang kuasa nakhhoda kapal dan hukiman bagi kesalahan jenayah.

Rakyat
• Seluruh penduduk bagi sesebuah wilayah
• Mereka terikat kepada undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan
• rakyat bertanggungjawab mentaati raja yang memerintah

Kerajaan
• Badan yang diberi kuasa untuk urus pentadbiran, jaga keamanan , pertahan kedaulatan Negara dan jalin hubungan diplomatic dengan negara lain

Warisan Negeri-Negeri Melayu.
1. Unsur-unsur warisan Kesultanan Melayu Melaka yang diamalkan di negeri-negeri Melayu.
• Sistem pemerintahan Negeri-Negeri Melayu seperti Johor, Perak, dan Pahang berdasarkan sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
• Gelaran sultan kepada pemerintah
• Sistem warisan takhta di negeri-negeri tersebut mementingkan jurai keturunan sebelah bapa.
• Mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan
• Penggunaan bahasa istana
• Undang-undang-Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut melaka
• Alat-alat kebesaran istana – alat regalia(tengkolok,pending)


2. Sistem Jemaah Menteri di Kelantan bertujuan untuk melicinkan pentadbiran dan pemerintahan.
• Diamalkan semasa pemerintahan Sultan Muhammad I(1801-1836).
• Baginda melantik beberapa orang pembesar untuk membantu pentadbirannya.
• mewujudkan lapan badan Jemaah Menteri.
• Setiap satunya dianggotai oleh empat orang pembesar.
• Setiap Jemaah Menteri mempunyai bidang tugas masing-masing.
• Lapan badan Jemaah Menteri itu lalah:
• Jemaah Penasihat Raja
- mengurus perkara dan urusan penting yang bukan rahsia.
• Jemaah Menteri Istana
- mengurus istiadat diraja dan istiadat rasmi di seluruh negeri
kelantan.
• Jemaah Menteri Keadilandan Kehakiman
- mengendalikan urusan penting tentang keadilan dan kehakiman.
• Jemaah Menteri Dalam Negeri
-Menjaga keamanan negeri.
• Jemaah Menteri Luar Negeri
-Mengurus dasar dan hal ehwal luar negara.
• Jemaah Menteri Perbendaharaan
-Mengendali harta benda dan hasil mahsur.
• Jemaah Menteri Peperangan
-Mengurus pertahanan dan keamanan negeri.
• Jemaah Menteri Pentadbiran danPenggimarahan Negeri
-Mengurus kemajuan dan pembangunan negeri

3 Sembilan buah daerah dalam Negeri sembilan.
• Sungai Ujong, Rembau, Johol, Jelebu, Jempol, Seri Menanti, Inas, Terachi, dan Gunung Pasir.

4. Gelaran tertinggi pemerintah Negeri Sembilan
• Gelaran ialah Yang Dipertuan Besar.

5. Unsur demokrasi dalam sistem pemerintahan di negeri Sembilan
• mengamalkan sistem pemerintahan berdasarkan Adat Perpatih,
• Pelantikan pemimpin dibuat daripada peringkat paling bawah iaitu Anak Buah, diikuti oleh Buapak, Lembaga dan Undang yang kemudiannya melantik Yang Dipertuan Besar.
• Perlantikan pembesar dibuat oleh Undang, Lembaga, buapak dan Anak Buah
• keputusan Yang Dipertuan Besar berdasarkan perundingan dengan Undang.
• Luak ditadbir oleh Undang dan mereka dipilih oleh Lembaga.
• Undang dipertanggungjawab melantik Yang Dipertuan Besar.
• Lembaga dilantik oleh Buapak .
• Lembaga berkuasa melantik individu yang layak menjadi Undang.
• Buapak merupakan ketua Perut.
• Buapak menjadi tempat rujukan bagi setiap masalah
• Setiap anggota Perut dikenali sebagai anak Buah.
• Sistem ini tidak mengamalkan kuasa mutlak
• Ini menunjukkan sistem pemilihan pemimpin mempunyai unsur demokrasi.

6. Peraturan hidup yang menjadi amalan dalam Adat Perpatih
• Kepentingan bersama dalam membuat keputusan.
• Semangat gotong-royong, dalam sebarang pekerjaan.
• Saling menghormati di antara satu sama lain.
• Bermuafakat untuk memilih pemimpin.
• Semangat kerjasama antara suku untuk memilih pemimpin.

Peranan Suruhanjaya REID.
• Membincang perlembagaan Persekutuan
• Menyususn Perlembagaan Persekutuan
• Merangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah melayu yang akan merdeka berpandukan beberapa isu

Isu Suruhanjaya Reid
o Kerjaan persekutuan yang kuat
o Pemberian kuasa autonomi kepada negeri dalam bidang tertentu
o Kedudukan Raja-Raja Melayu
o Hak istemewa orang Melayu
o Pewujudan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu

Kerakyatan Jus soli
• Tuntutan orang dagang
• Tidak diterima oleh orang Melayu
• Prinsip kerakyatan yang sama rata kepada semua kaum
• Boleh melemahkan orang Melayu
• Raja-Raja Melayu telah menerima kerakyatan jus soli dengan syarat orang bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istemewa orang Melayu dalam Perelembagaan Persekutuan tanah Melayu
• Pakatan Murni antara kaum telah terbina di Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
• Agama Islam sebagai agama rasmi PTM
• Bahasa melayu sebagai bahasa Kebangsaan

Isi Penting Perjanjian Persekutuan Tanah melayu 1957
• Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan
• Pemisahan anatara kuasa kersekutuan dengan kuasa negeri
• Pemisahan melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri
• Institusi Raja dijadikan Raja Berpelembagaan
• Tiga jenis kerakyatan diwujudkan
• Kedudukan istimewa orang melayu dikekalkan
• Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
• Tanah Simpanan Melayu dikekalkan
• Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan
• Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua negara
• Demokrasi berparlimen sebagai pentadbiran negara
• Dewan rakyat dan Dewan Negara diletak di bawah kuasa Parlimen
• Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran peringkat negeri dibantu Dewan Undangan Negeri dan EXCO

Kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
• Pakatan murni dicapai
• Wujud kerajaan demokrasi berkonsep Raja Berpelembagaan
• Pemimpin Melayu dan bukan Melayu menyokong pakatan ini
• Wujud perpaduan jitu antara kaum di PTM
• Keharmonian kaum dapat dicapai tanpa pertumpahan darah
• Memberi hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk mentadbir negara yang merdeka mengikut acuan sendiri
• Setiap kaum berusaha untuk melahirkan identiti masyarakat yang merdeka
• Perbezaan warna kulit, agama, bahasa dan bangsa diketepikan

Usaha para pemimpin negara dalam mencapai kemerdekaan
• Bijaksana dalam menuntut kemerdekaan
• Kemerdekaan tanpa pertumpahan darah
• Sikap bekerjasama
• Sentiasa mengutamakan perundingan
• Kata sepakat telah menjadi pendekatan terbaik masyarakat berbilang kaum

BAB 6 : PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

Langkah-langkah pembentukan Malaysia
• Lawatan Tunku Abdul Rahman ke Sarawak dan Sabah serta Brunei untuk menerangkan konsep , tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia
• Mengadakan rundingan antara pegawai-pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai-pegawai British dari Sarawak , Sabah dan Singapura
• Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) ditubuhkan pada Julai 1961.
• Mesyuarat JPPK sebanyak empat kali di Jesselton , Kuching Kuala Lumpur dan Singapura
• Penubuhan Suruhanjaya Cobbold
• Penubuhan Jawatankuasa Antara Kaum (JAK)
• Penubuhan MAPHILINDO
• Bertujuan untuk mencari penyelesaian dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
• Setiausaha Agung PBB U Thant menghantar perwakilan Malaysia ke PPB membincangkan penubuhan Malaysia.
• PBB hantar wakil ( Lawrence Michaelmore) bersama-sama 7 wakil luar meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak.
• Hasilnya majoriti rakyat bersetuju menyertai Malaysia.

Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)
• ditubuhkan pada Julai 1961.
• Pengerusi JPPK ialah Donald Stephens.
• Peranan JPPK menerangkan tentang gagasan Malaysia.
• Mengumpul pandangan penduduk.
• Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.
• Mesyuarat JPPK sebanyak empat kali di Jesselton , Kuching Kuala Lumpur dan Singapura
• Brunei menghantar pemerhati menghadiri tiga mesyuarat terakhir
• Ahli JPPK iaitu Tunku Abdul Rahman, Ong Yoke Lin, Khir johari, Lee Kuan Yew, Tun Datu Mustapha Datu Harun

Penubuhan Suruhanjaya Cobbold
• Dianggotai oleh Lord Cobbold, Sir Anthony Abell, Sir David Watherton, Dato’ Wong Pow Nee, Tan Sri Ghazali Shafie.
• Tujuannya meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malysia.
• Membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada British.
• Menerima memorandom yang dikemukakan oleh pelbagai pertubuhan.
• Mula menjalankan tugas Februari hingga April 1962.
• Jun 1962 mengemukan laporan kepada kerajaan British.
• 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong tanpa syarat.
• 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong dengan syarat.
• Iaitu kepentingan mereka harus dilindungi.
• 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak mahukan kemerdekaan terlebih dahulu sebelum menyertai Malaysia.

Cadangan Suruhanjaya Cobbold
• Perlembagaan Malaysia berasaskan kepada Perlembagaan Pesekutuan Tanah Melayu 1948.
• Sarawak dan sabah diberi kuasa menentukan dasar imigresen.
• Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
• Jaminan hak dan kedudukan bumiputera.

Penubuhan Jawatankuasa Antara Kaum (JAK)
• Ditubuhkan pada Ogos 1962.
• Diketuai oleh Lord Landsdowne dan Tun Abdul Razak.
• Mereka mengunjungi Sarawak dan Sabah menerangkan penubuhan Malysia.
• Mengadakan mesyuarat sebanyak 24 kali.
• Bagi mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah kedalam Persekutuan Malaysia.
• Membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak.

Sebab tarikh pembentukan Malaysia terpaksa ditunda
• Laporan daripada PBB tidak dapat disiapkan
• Tentangan daripada Indonesia
• Tentangan Filipina
• Brunei menarik diri pada saat-saat akhir
• Tekanan komunis

Kandungan Akta Malaysia
• Hal ehwal luar menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan
• Agama Islam agama rasmi Persekutuan , Sarawak dan Sabah tetapi agama lain bebas diamalkan
• Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan tetapi Bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh digunakan
• Sarawak dan Sabaah diberi kuasa mengawal imigresen dan perkhidmaatan awam
• Sarawak memperoleh 24 kerusi , Sabah 16 kerusi Singapura 15 kerusi bagi perwakilan Parlimen
• Rakyat bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat setaraf dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu

Faktor pembentukkan Malaysia
o Percepatkan kemerdekaan Sabah,Sarawak ,Brunei dan Singapura serentak dengan Tanahn Melayu
o Untuk hadapi ancaman Barisan Sosialis Singapura
o Hadapi ancaman Komunis
o Proses dekolonisasi British terhadap negeri kecil yang belum membangun.
o Meluaskan pasaran
o Menggalakkan pelaburan.
o Mengembangkan industri petanian.
o Menggalakkan kerjasama serantau dalam bidang ekonomi.
o Memanfaatkan sumber semulajadi
o Mempelbagaikan sumber negara
o Mengimbangi jumlah dan kadar pertumbuhan kaum disemua negara anggota
o Mewujudkan kesepakatan dansemangat setia kawan antara persekutua Tanah Melau, Sabah, Sarawak dan Singapura

Reaksi Indonesia Terhadap Penubuhan Malaysia
 Soekarno anggap Malaysia sebagai Neokolonialisme
 Lancar dasar konfrantasi dengan konsep Ganyang Malaysia
 Serang kapal nelayan Tanah Melayu
 Lakukan pencerobohan udara
 Lancar serangan melalui Sabah,Sarawak dan Johor
 Hantar pengintip

Tindakan Malaysia Hadapi Ancaman Indonesia
• Minta bantuan tentera Komanwell
• Hantar bantahan rasmi kepada Setiauhasaha Agong PBB
• Hantar wakil ke negara Afro-Asia dan Negara Dunia Ketiga
• Mengadakan lawatan ke beberapa buah negara di Afrika yang di ketuai Tun Abdul Razak.
• Penubuhan MAPHILINDO


BAB 7. SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA.

1. Institusi Raja Berperlembagaan dan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong
( a ) Konsep Raja Berperlembagaan
• Sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi
• Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri
• Sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia.
• Yang Pertuan Agong bertindak berdasarkan perlembagaan dan nasihat Perdana Menteri.

( b ) Bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong Mengikut Perlembagaan Malaysia.
• Yang di Pertuan Agong mengetuai tiga badan kerajaan iaitu badan perundangan (Legislatif), badan pemerintahan (eksekutif) dan badan kehakiman (Judisiari)
• Ketua utama negara
• Yang di Pertuan Agong berkuasa memanggil dan membubarkan parlimen
• Yang di Pertuan Agong adalah Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata.
• Bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu.
• ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri,dan negeri yang tiada sultan
• Mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri.
• berkuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri
• Berkuasa mengisytiharkan undang-undang darurat
• Berkuasa mentauliahkan duta-duta negara

( c ) Kepentingan Raja Berperlembagaan
• tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka hingga kini
• memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita
• Memberi keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang dinaungi raja

2. KONSEP NEGARA PERSEKUTUAN DAN FUNGSINYA .
• Malaysia ialah sebuah negara Persekutuan
• Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah kerajaan Persekutuan serta beberapa buah kerajaan negeri..

( a ) Pengagihan Kuasa Pentadbiran Malaysia
Senarai Persekutuan
Memuatkan bidang kuasa Persekutuan iaitu hanya Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadapnya
• Hal ehwal luar negeri(hubungan luar)
• Pertahanan
• Keselamatan dalam negeri
• Pentadbiran dan keadilan
• Kerakyatan negara
• Pilihanraya negara
• Kewangan
• Perniagaan, perdagangan dan perusahaan
• Perkapalan, pelayaran dan pengangkutan
• Jabatan Ukur, penyelidikan
• Kerja raya dan tenaga pusat
• Pelajaran
• Kesihatan
• Keselamatan buruh dan sosial
• Orang Asli
• Hal-hal lain

( b ) Senarai Negeri
Mengandungi bidang kuasa yang diperuntukkan kepada negeri iaitu Kerajaan Negeri sahaja
• Undang-undang Islam
• Tanah
• Pertanian dan perhutanan
• Kerajaan Tempatan
• Perkhidmatan tempatan
• Kerajaan negeri
• Hari cuti negeri
• Undang-undang negeri
Senarai Bersama
Senarai Bersama menurunkan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Dalam bidang kuasa ini kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa terhadapnya.
• Kebajikan sosial
• Biasiswa
• Taman Negara
• Perancangan bandar dan wilayah
• Penjagaan haiwan
• Kesihatan dan kebersihan awam
• Parit dan tali air
• Pemulihan
• Hiburan awam
• Perhubungan


( 3 ) LAMBANG-LAMBANG NEGARA
Tujuan
• simbolkesetiaan terhadap tanah air
• Rakyat sanggup berkorban dan kecintaan terhadap tanah air
• Rakyat sentiasa bersemangaat
• simbol perpaduan
• Lambang kemegahan penduduk
• Membezakan Malaysia dengan Negara lain
• Melambangkan kedaulatan sesebuah Negara
• Taat kepada pemerintah

( a ) JATA NEGARA
• lambang kemegahan penduduk negara
• Lima bilah keris lambang Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
• Pokok Pinang mewakili negeri Pulau Pinang.
• Pokok Melaka melambangkan negeri Melaka.
• 2 ekor harimau melambangkan keberanian.
• Negeri Sarawak dan Sabah dilambangkan jata negeri tersebut.
• Bulan sabit –agama Islam sebagai agama rasmi
• bintang empat belas gabungan 14 buah negeri Persekutuan.
• Empat jalur berlainan warna merujuk Negeri Melayu Bersekutu.
• Hitam putih lambang negeri Pahang.
• Warna merah dan kuning lambang negeri Selangor.
• Warna hitam, putih, dan kuning lambang negeri Perak.
• Warna merah, hitam, kuning lambang negeri Sembilan

( b ) BENDERA KEBANGSAAN
• Menggantikan bendera Union Jack pada tengah malam 31 Ogos 1957
• Di cipta oleh Encik Mohamad Hamzah
• Bendera Persekutuan dikenali juga Jalur Gemilang.
• Warna merah- keberanian
• Warna putih –kesucian
• Warna biru –Perpaduan
• Warna kuning –lambang kedaulatan Raja-raja Melayu
• Bulan sabit –lambang agama Islam sebagai agama rasmi
• Bintang berpecah empat belas-lambang gabungan empat belas negeri.
• 14 Jalur –warna merah dan putih lambang gabungan negeri.

( c ) LAGU KEBANGSAAN.
• Sebelum Merdeka lagu kebangsaan ialah ‘God Save the Queen’
• Lagu kebangssan negara kita dikenali juga lagu Negaraku yang dicipta pada tahun 1957
• Pemilihan lagu dibuat oleh Tunku Abdul Rahman
• Asal dari Lagu Terang Bulan iaitu lagu kebangsaan negeri Perak
• Digubah semula oleh En. Saiful Bahri
• Lirik lagu menggambarkan kesetiaan rakyat kepada negara.
• Lirik lagu menuntut kita supaya bersyukur, taat kepada raja dan sanggup berkorban demi mempertahankan tanah air
• Membangkitkan semangat patriotik dan cintakan negara


BAB 8 : PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN


DASAR PENDIDIKAN NEGARA
1. Cadangan Laporan Barnes :
• semua sekolah vernakular Melayu,Cina dan Tamil dibubarkan
• Digantikan dengan sekolah kebangsaan
• Pada peringkat sekolah rendah bahasa pengantar ialah bahasa Melayu
• Pada peringkat sekolah menengah dan peringkat yang lebih tinggi
bahasa pengantar ialah bahasa Inggeris
• Tentangan terhadap Laporan Barnes- masy Cina menganggap bahasa ibunda mereka akan tergugat

2 Cadangan laporan Fenn-Wu
• Sekolah vernakular Cina terus kekal dan bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan

3 Cadangan Ordinan Pelajaran 1952 :
• Dua sistem persekolahan yang guna dua bahasa pengantar iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu
• Pengajaran bahasa Cina dan Tamil akan disediakan sekiranya ada permintaan daripada ibubapa
• Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris & bahasa Inggeris wajib diajar di sekolah Melayu
• Masalah dalam pelaksanaan Ordinan Pelajaran - Tentangan masyarakat Cina , Tentangan masyarakat dan India , kekurangan kewangan dan ancaman komunis

4 Cadangan Penyata Razak :
• Penubuhan sekolah umum ( rendah )dan sek jenis umum
• g menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar
• Sekolah menengah melayu menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar
• Sekolah menengah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
• Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan diajar di semua sekolah

5 Syor/Cadangan Laporan Rahman Talib 1960
• sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan
• sekolah jenis umum dijadikan sekolah jenis kebangsaan
• pelajaran percuma diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah kerajaan
• sek rendah yang gunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ditukar kapada bahasa Melayu
• Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah menengah
• Pelajaran agama Islam diajarkan di semua sekolah bantuan penuh kerajaan yang mempunyai tidak kurang 15 pelajar Islam
• Bahasa Cina dan bahasa Tamil akan diajar di sekolah kebangsaan sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajar
• Semua peperiksaan awam akan diadakan dalam bahasa kebangsaan

7 Kajian Aminudin Baki :
• sistem persekolahan aneka jurusan diperkenalkan
• menyediakan pelajaran pada peringkat menengah rendah sehingga berumur 15 tahun
• memberikan pelbagai kursus kemahiran untuk melahirkan tenaga kerja mahir sebagai persediaan untuk pasaran kerja
• kursus kemahiran yang diajarkan ialah perdagangan , sains rumah tangga , seni perusahaan dan sains pertanian
• mata pelajaran wajib adalah seperti yang diajarkan di sekolah menengah biasa

8 Jawatankuasa Kabinet 1974
-Objektif penubuhan Jawatankuasa Kabinet 1974 :
• menilai pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan yang sedia ada dapat melahirkan sumber tenaga manusia yang diperlukan oleh negara
• mengenalpasti sejauh mana dasar pelajaran kebangsaan dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih

-Kandungan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974:
• penguasaan dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira ( 3M )
• kenaikan darjah secara automatik
• penekanan terhadap sekolah vokasional
• sukatan pelajaran sekolah swasta
• bahasa melayu sebagai mata pelajaran wajib dalam peperiksaan
• penekanan terhadap kokurikulum dan disiplin sebagai asas perpaduan
-Kesan Laporan Jawatankuasa Kabinet :
• pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) 1982
• pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM ) 1988
• penekanan perkembangan diri pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek

9 Kandungan/ Penekanan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan :
• memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
• melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani , emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
• melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan , berketerampilan , berakhlak mulia, bertanggungjawab , berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
• memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara

AKTA BAHASA KEBANGSAAN
Langkah/Usaha/Cara Memajukan Bahasa Melayu
• Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka
• Pelancaran Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa
• Pelancaran slogan “ Minggu Bahasa “ dan “ Bulan Bahasa
• Penubuhan sekolah menengah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar seperti Sekolah Alam Syah
• Meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan 1967
• Menukarkan bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris kepada bahasa kebangsaan Penubuhan Universiti Kebangsaan pada 1977
• bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah menggantikan bahasa Inggeris
• Penggunaan bahasa Melayu di mahkamah pada tahun 1990
• Syarat lulus bahasa Melayu dalam peperiksaan

Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Sejarah penubuhan :
• Lahir daripada gagasan Kongres kebudayaan Kebangsaan yan dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan pada tahun 1971
Tujuan Dasar Kebudayaan digubal :
• Menjadi panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia
• Bertujuan memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan
• Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
• Memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan dari aspek kemanusiaan
• Memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan dari aspek kerohanian
• Mempertingkat kualiti kehidupan seimbang dengan pembangunan sosio ekonomi
Tiga Prinsip utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan :
• kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang
• unsur-unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai boleh diterima
• Islam sebagai unsur yang terpenting

SUKAN UNTUK PERPADUAN
Usaha untuk memupuk perpaduan dalam kalangan generasi baru negara kita
• penyertaan dalam sukan tanpa mengira ideologi
• dapat menyemarakkan semangat patriotik di kalangan rakyat
• aktiviti sukan tidak menghadkan penyertaan kepada sesuatu kaum sahaja
• aktivit sukan membuka peluang seluas-luasnya kepada mereka yang berminat pada peringkat sekolah, sukan merupakan aktiviti sukan yang digalakkan
• Majlis Sukan sekolah-sekolah ditubuhkan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan
• Temasya Sukan Malaysia ( SUKMA ) diadakan dua tahun sekali
• SUKMA dapat mengeratkan perpaduan antara kaum / hubungan antara negeri


WAWASAN 2020
Maksud Wawasan 2020 :
• Merupakan gagasan negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020
• Dicetuskan oleh Perdana Menteri Dato Seri Dr Mahathir Mohamad pada 19981

Matlamat wawasan 2020
• Menjadikan Malaysia sebuah negara maju industri menggunakan acuan sendiri setanding dengan negara maju lain
• Menitikberatkan kemajuan bersepadu

Kemajuan Bersepadu untuk menjadi negara maju berteraskan :
• perpaduan rakyat
• kestabilan politik
• ketinggian taraf hidup
• kekukuhan nilai moral dan etika
• kekukuhan sistem kerajaan
• ketinggian maruah bangsa
• semangat yakin diri bangsa

Sembilan Cabaran Wawasan 2020 :
• Cabaran Pertama :Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu
• Cabaran Kedua : Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan
• Cabaran Ketiga : Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang
• Cabaran Keempat:Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
• abaran Kelima : Mewujudkan masyarakat yang matang , liberal dan bertoleransi
• Cabaran Keenam :Membina masyarakat yang maju dan saintifik
• Cabaran Ketujuh :Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang
• Cabaran Kelapan :Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya
• Cabaran Kesembilan : Memupuk dan membina masyarakat makmur

Tanggungjawab pelajar dalam merealisasikan Wawasan 2020
• mengekalkan perpaduan
• saling memahami dan menghormati
• memiliki daya kreatif dan inovatif
• bersikap terbuka
• bangga dengan apa yang dicapai
• menghayati Falsafah Pendidikan Negara
• berusaha mengekalkan kemajuan negara
• menjadi masyarakat yang berbudaya penyayang


Malaysia Dalam Pertubuhan Antarabangsa
1)Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM);
• Dalam Sidang Kemuncak Ke-7 di New Delhi, Malaysia membuat usul isu Palestin, kerjasama ekonomi dan isu Antartika (1 contoh sahaja)
• Dalam Sidang Kemuncak Ke-8 di Harare, Malaysia mengemukakan cadangan menghapuskan dasar apartied
• Dalam Sidang Kemuncak di Belgrade, Malaysia dipilih sebagai Naib Presiden
• Malaysia menjadi ahli Kumpulan 16
• Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan ke-13 tahun 2003 yang membincangkan isu Palestin, isu Iraq dan usaha menghidupkan kembali peranan NAM (1 contoh sahaja).
• Deklarasi Kuala Lumpur menekankan usaha menghidupkan kembali NAM dan penyataan bersama telah dikeluarkan tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq.

2.Negara-Negara Selatan;
• Suruhanjaya Selatan-Selatan(3S) merupakan idea Dr. Mahathir Mohamad semasa Sidang Kemuncak NAM di Zimbabwe.Dikenali juga negara Dunia Ketiga
• Strateginya adalah dengan menubuhkan Kumpulan 15 (G15) pada tahun 1989.
• Sidang Kemuncak G15 pertama di Kuala Lumpur pada tahun 1990
• Projek 3S iaitu kerjasama dalam bidang sains dan teknologi, penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan di Kuala Lumpur.
• Malaysia terlibat dalam projek lain seperti penubuhan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global dan penubuhan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan.

3.Pertubuhan Persidangan Islam (OIC);
• Tunku Abdul Rahman menjadi Setiausaha Agung yang pertama
• Malaysia menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq.
• Terlibat dalam bantuan pasukan perubatan ke Lubnan, Bosnia dan Afghanistan
• C Memberi bantuan kewangan kepada negara Islam kurang maju seperti Sudan, Nigeria dan Chad.
• Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia menyediakan peluang pendidikan
• Malaysia mengesyorkan penggunaan dinar emas
• Memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam
• Menyelesaikan isu Palestin
• Menjadi tuan rumah Persidangan Luar Biasa Menteri Luar OIC berkenaan takrif keganasan global pada tahun 2002.
• Menjadi tuan rumah Persidangan OIC 1974 dan 2003.

No comments:

Post a Comment

Followers