Tuesday, September 21, 2010

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1

LATIHAN : JAWAPAN ADA DI BAWAH LATIHAN INI

TINGKATAN 4 BAB 1 – TAMADUN AWAL MANUSIA

Tamadun Indus

a) Ciri-ciri bandar terancang ( Ruj. ms 24 )

Ciri-ciri bandar terancang tamadun Indus ialah bandarnya terbahagi kepada _______ bahagian dan dikelilingi oleh __________________

Bahagian utama merupakan pusat ______________ dan keagamaan yang menempatkan bangunan ________________ , tempat ________________ yang digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan serta tempat penyimpanan ______________________________.

Bahagian kedua pula ialah kawasan ________________________

Perancangan bandarnya dibantu oleh oleh kemajuan ilmu __________________________ dan ________________________

Bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk ____________________________ Setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian __________________________ dan bersambung antara satu sama lain. Selain jalanraya, bandar-bandar ini juga dihubungkan dengan __________________ yang berfungsi sebagai ____________________________

Setiap bandar mempunyai sistem _________________________ yang terancang

Selain jalanraya, bandar-bandar ini juga dihubungkan dengan __________________ yang berfungsi sebagai ____________________________

b) Faktor pembinaan bandar terancang (rujuk ms 27)

Bandar terancang seperti ____________________ dan ________________ dibina berdasarkan pemahaman tentang ilmu _________________ , kesenian, dan __________________

Pemahaman geometri hasil daripada pertembungan tamadun ini dengan tamadun ________________ dan ___________________ membolehkan perancangan bandar disusun berasaskan bentuk _____________ / jalanraya yang _________________

Batu bata dihasilkan melalui __________________ dengan suhu yang tinggi

Kecemerlangan perancangan bandar dalam Tamadun Indus merupakan gabungan daripada pelbagai pengetahuan dan pencapaian termasuklah ______________ dan matematik serta teknologi pembakaran __________

Hubungan dengan tamadun ___________________ serta tamadun ____________________ membolehkan kedua-dua pihak mendapat manfaat dari segi pertukaran teknologi

Selain itu,pengaruh luar disesuaikan dengan _______________ dan suasana __________________

JAWAPAN

TINGKATAN 4 BAB 1 – TAMADUN AWAL MANUSIA

Tamadun Indus

a) Ciri-ciri bandar terancang ( Ruj. ms 24 )

Ciri-ciri bandar terancang tamadun Indus ialah bandarnya terbahagi kepada dua bahagian dan dikelilingi oleh tembok

Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan yang menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan serta tempat penyimpanan hasil pertanian.

Bahagian kedua pula ialah kawasan perumahan.

Perancangan bandarnya dibantu oleh oleh kemajuan ilmu geomatri dan pembinaan.

Bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segiempat. Setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain. Selain jalanraya, bandar-bandar ini juga dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan.

Setiap bandar mempunyai sistem sistem kumbahan yang terancang.

b) Faktor pembinaan bandar terancang (rujuk ms 27)

Bandar terancang seperti Mohenjo -Daro dan Harappa dibina berdasarkan pemahaman tentang ilmu geomatri , kesenian, dan matematik.

Pemahaman geometri hasil daripada pertembungan tamadun ini dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba membolehkan perancangan bandar disusun berasaskan bentuk segi empat / jalanraya yang lurus.

Batu bata dihasilkan melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi.

Kecemerlangan perancangan bandar dalam Tamadun Indus merupakan gabungan daripada pelbagai pengetahuan dan pencapaian termasuklah geomatri dan matematik serta teknologi pembakaran batu bata

Hubungan dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun Mesir Purba membolehkan kedua-dua pihak mendapat manfaat dari segi pertukaran teknologi

Selain itu,pengaruh luar disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan.


No comments:

Post a Comment

Followers